Popular Posts

Wednesday, January 5, 2011

pengalaman 2010 versi sedih ... 3 Disember 2010 kira-kira pukul 10 pagi,,seorang kawanku menelefonku.”Man, ko da ambik surat tawaran ke belum?" Ku terdiam sejenak,rupa-rupanye hari ini adalah hari untuk mengambil surat tawaran. Aku bergegas ke bilik air untuk mandi dan bersiap-siap .Setelah siap,aku mengajak ayahku ke sekolah.Sampai sahaja di sekolah,aku terus bergegas ke pejapat pentadbiran.Aku memberi salam lalu masuk.Kelihatan Guru Besar dan beberapa guru penolong kanan.Aku terus bertanya tetapi jawapan hampa yang ku terima.Pengetua memberi jawapan hampa.Dengan wajah hampa dan langkahan yang longlai,k uterus mengajak ayahku balik ke rumah.Ayahku bertanya,”Man,mana suratnya?”.Lidahku kelu seribu bahasa. Di dalam lubuk hatiku tertimbul 1001 persoalan.Kenapa aku seorang dikalangan kawan-kawanku yang tidak mendapat tawaran.Adakah kerana markahku? Adakah kerana bangsaku?Persoalan itu membebankan otakku.Tiba-tiba ku terfikir..Adakah ini semua diskriminasi JAIS yang mengetepikan anak sepasang suami isteri yg bertaraf penduduk tetap?Bukankah kewajipan seorang Islam member pendidikan kepada semua orang Mu’min…….? Seperti biasa,ayahku mengajak aku ke kedai MAMAK di Simpang Morib.Dalam perjalanan, aku diam sahaja.Ayahku merokok.Sampai di sana kami terus memesan minuman dan makanan.Setelah siap,kami pun pulang ke rumah.Kakakku bertanya kembali,”Man,mana suratnya?”Aku menjawab belum ada lagi.Kakakku terus diam. Seminggu telah berlalu membawa hari penuh liku.Aku mulai risau kenapa aku seorang di dalam kalangan kawan-kawanku yang belum mendapat surat tawaran.Penuh tanda tanya.Dalam keresahan itu,aku sekali lagi mengajak ayahku ke sekolah.Puas aku bertanya kenapa aku tidak dapat surat tawaran,tetapi jawapan sama aku terima.”SURAT KAMU BELUM ADA LAGI.SABAR YA.”Sekali lagi aku pulang hampa. Setelah menyedari bahawa aku tidak dapat bersekolah di SAMUSKD,aku sudah berputus asa untuk merayu.Aku mengambil keputusan yang berisiko .Aku sedar keputusan aku itu terlalu berisiko.Namun demi ilmu aku sanggup.Ibuku bernekad untuk menyekolahkan aku di SMKTD tempat kakak-kakakku menuntut ilmu.Mulanya ayahku tidak bersetuju tetapi setelah berbincang akhirnya ayahku bersetuju.Walaupun aku tidak suka tetapi aku tetap bersekolah disitu kerana itulah saja peluang aku untuk menjadi Ingineer . Tingkatan 1 dan 2 berada di sesi petang manakala tingkatan 3,4,5 dan 6 berada di sesi pagi.Sebagai pelajar tingkatan 1,aku berda di sesi petang.Sebenarnya aku tidak berapa selesa dengan kerana cuaca di SMKTD agak panas pada waktu petang. **************************************** 10 Tahun berlau meninggalkan hari-hari liku.Seorang lelaki kacak bergaya dengan memakai sut ala James Bond serta menaiki kereta BMW-E SERIES 510 memecut laju di Jalan Sultan Alam Shah.Dia memasuki rumah yg beralamat 517.A Kanchong Darat.Dia memberi Salam.Beberapa ketika kemudian, terlihat seorang perempuan tua diiringi oleh seorang lelaki yang seusia dengannya di depa pintu rumah.Mereka hairan siapa pula yg datang pagi- pagi begini.”Nampaknya seperti selalu dilihat di televisyen”.Dia (luqman) terus bersalam dengan pasangan itu.Seteleh memperkenalkan diri,barulah mereka tahu siapa yang datang.Rupa-rupanya anak mereka yang menuntut di University of Tokyo dalam jurusan kejuruteraan telah pulang membawa segulung ijazah.Air mata jernih membasahi pipi tiga beranak itu.”Man da balik mak…….ni lah bukti kegigihan Man”…………………….. LUQMAN harapan terkubur.........

            3  Disember 2010 kira-kira pukul 10 pagi,,seorang kawanku menelefonku.”Man, ko da  ambik  surat tawaran ke belum?" Ku terdiam sejenak,rupa-rupanye hari ini adalah hari untuk mengambil surat tawaran.
            Aku bergegas ke bilik air untuk mandi dan bersiap-siap .Setelah siap,aku mengajak ayahku ke sekolah.Sampai sahaja di sekolah,aku terus bergegas ke pejapat pentadbiran.Aku memberi  salam lalu masuk.Kelihatan Guru Besar dan beberapa guru penolong kanan.Aku terus bertanya tetapi jawapan   hampa yang  ku terima.Pengetua memberi jawapan hampa.Dengan wajah hampa dan langkahan yang longlai,k uterus mengajak ayahku balik ke rumah.Ayahku bertanya,”Man,mana suratnya?”.Lidahku kelu seribu bahasa.
Di dalam lubuk hatiku tertimbul 1001 persoalan.Kenapa aku seorang dikalangan kawan-kawanku yang tidak mendapat tawaran.Adakah kerana markahku? Adakah kerana bangsaku?Persoalan itu membebankan otakku.Tiba-tiba ku terfikir..Adakah ini semua diskriminasi JAIS yang mengetepikan anak sepasang suami isteri yg bertaraf penduduk tetap?Bukankah kewajipan seorang  Islam member pendidikan kepada semua orang Mu’min…….?
            Seperti biasa,ayahku mengajak aku ke kedai MAMAK di Simpang Morib.Dalam perjalanan, aku diam sahaja.Ayahku merokok.Sampai di sana kami terus memesan minuman dan makanan.Setelah siap,kami pun pulang ke rumah.Kakakku bertanya kembali,”Man,mana suratnya?”Aku menjawab belum ada lagi.Kakakku terus diam.
            Seminggu telah berlalu membawa hari penuh liku.Aku mulai risau kenapa aku seorang di dalam kalangan kawan-kawanku yang belum mendapat surat tawaran.Penuh tanda tanya.Dalam keresahan itu,aku sekali lagi mengajak ayahku ke sekolah.Puas aku bertanya kenapa aku tidak dapat surat tawaran,tetapi jawapan sama aku terima.”SURAT KAMU BELUM ADA LAGI.SABAR YA.”Sekali lagi aku pulang hampa.
            Setelah menyedari bahawa aku tidak dapat bersekolah di SAMUSKD,aku sudah berputus asa untuk merayu.Aku  mengambil  keputusan yang berisiko .Aku sedar keputusan aku itu terlalu berisiko.Namun demi ilmu aku sanggup.Ibuku bernekad untuk menyekolahkan aku di SMKTD tempat kakak-kakakku menuntut ilmu.Mulanya ayahku tidak bersetuju tetapi setelah berbincang akhirnya ayahku  bersetuju.Walaupun aku tidak suka tetapi aku tetap bersekolah disitu kerana itulah saja peluang aku untuk menjadi Ingineer .
            Tingkatan 1 dan 2 berada di sesi petang manakala tingkatan 3,4,5 dan 6 berada di sesi pagi.Sebagai pelajar tingkatan 1,aku berda di sesi petang.Sebenarnya aku tidak berapa selesa dengan kerana cuaca di SMKTD agak panas pada waktu petang.
                                       ****************************************

            10 Tahun berlau meninggalkan hari-hari liku.Seorang lelaki kacak bergaya dengan memakai sut ala James Bond serta menaiki kereta BMW-E SERIES 510 memecut laju di Jalan Sultan Alam Shah.Dia memasuki  rumah yg beralamat 517.A Kanchong  Darat.Dia memberi Salam.Beberapa ketika kemudian, terlihat seorang perempuan tua diiringi oleh seorang lelaki yang seusia dengannya di depa pintu rumah.Mereka hairan siapa pula yg datang pagi- pagi begini.”Nampaknya seperti selalu dilihat di televisyen”.Dia (luqman) terus bersalam dengan pasangan itu.Seteleh memperkenalkan diri,barulah mereka tahu siapa yang datang.Rupa-rupanya anak mereka yang menuntut di University of Tokyo dalam jurusan kejuruteraan telah pulang membawa segulung ijazah.Air mata jernih membasahi pipi tiga beranak itu.”Man da balik mak…….ni lah bukti kegigihan Man”……………………..



                                                                                                                                             LUQMAN                   
                                                                                                                                      24 Disember 2010